Pertubuhan hak asasi desak siasat pembunuhan jurnalis di Gaza

GENEVA, 9 Apr 2018 — Pertubuhan hak asasi Euro-Mediterranean Human Rights Monitor (EuroMed) semalam mendesak Pelapor Khas promosi dan perlindungan kebebasan bersuara PBB, David Kaye, supaya membuat penyiasatan segera ke atas kes pembunuhan jurnalis Yasser Murtaja oleh tentera Zionis Jumaat lalu.

Ketika kejadian Yasser, 30, yang merupakan bapa kepada seorang anak ditembak ketika membuat liputan di kawasan sempadan sambil memakai vest media.

Dalam surat mereka kepada David Kaye, EuroMed turut mendesak supaya penduduk Palestin diberi kebebasan menyuarakan pendapat mereka tanpa sebarang ancaman, pembunuhan ataupun ugutan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts