Pertubuhan pelampau Yahudi anjur persidangan untuk tingkatkan pencerobohan ke dalam al-Aqsa

AL-QUDS, 3 Nov 2016 (PIC) — Pertubuhan pelampau Yahudi, Temple Mount, akan mengadakan satu persidangan di parlimen Zionis Isnin depan bagi mencari jalan untuk pendatang Yahudi meningkatkan lagi pencerobohan ke dalam Masjid al-Aqsa.

Ratusan pemimpin agama dan Ahli Parlimen Yahudi dijangka menyertai usaha yang dipimpin oleh Ahli Parlimen pelampau Yehuda Glick itu.

Antara lain, mereka akan merayakan kejayaan memecah rekod bilangan pendatang Yahudi yang merjaya menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pada tahun ini. Seramai 14,094 orang pendatang Yahudi menceroboh sepanjang tempoh dari bulan September 2015 sehingga Oktober 2016. Seramai 3,000 daripada mereka melakukannya sepanjang bulan Oktober lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts