Pertubuhan Yahudi desak mahkamah halau 72 keluarga Palestin dari al-Quds

BEIT LAHM, 16 Nov 2016 (Maan) — Pertubuhan Yahudi Ateret Cohanim mendesak mahkamah supaya mula menghalau sembilan keluarga Palestin dari kawasan Batan al-Hawa di kejiranan Silwan di al-Quds Timur, iaitu sebahagian daripada keseluruhan 72 keluarga yang cuba dihalau keluar.

Ateret Cohanim, sebuah NGO pro-pendatang Yahudi yang mendapat sumbangan dana pengecualian cukai dari Amerika untuk membantu pendatang Yahudi mengambil alih tanah Palestin dan meluaskan penempatan haram, merancang untuk merampas tanah seluas 5,200 meter persegi di kawasan Batan al-Hawa atas dakwaan tanah tersebut dimiliki oleh Yahudi dari Yaman sejak tahun 1881. Seramai 300 penduduk Palestin dari 80 keluarga tinggal di lebih 30 bangunan di situ.

Mereka mendakwa kononnya tanah tersebut dimiliki oleh Yahudi Yaman sejak tahun 1881, namun kemudiannya ditinggalkan dan dijadikan kawasan penempatan penduduk Palestin selepas Perang 1948.

Menurut undang-undang Zionis 1970, penduduk Yahudi boleh menuntut hak milik harta sekiranya mereka dapat membuktikan harta tersebut pernah dimiliki oleh Yahudi sebelum tahun 1948. Namun undang-undang tersebut tidak boleh diguna pakai oleh penduduk Palestin untuk menuntut harta mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts