Pertubuhan Yahudi Desak Masuk Masjid Al-Aqsa

groupAL-QUDS, 23 Jun 2014 — Beberapa pertubuhan kuil Yahudi telah menghantar surat permohonan kepada perdana menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, bagi mendesak diberi kebenaran melakukan upacara keagamaan Yahudi di Masjid al-Aqsa. Upacara itu dikatakan sebagai doa supaya tiga orang peneroka Yahudi yang hilang lebih seminggu lalu selamat pulang.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mengesahkan bahawa Netanyahu telah menerima surat tersebut, di mana kumpulan-kumpulan Yahudi itu memohon untuk melakukan upacara di masjid al-Aqsa sehinggalah ketiga-tiga peneroka tersebut selamat kembali.

Dalam kejadian lain, penjaga-penjaga serta para jemaah Masjid al-Aqsa telah menghalang sekumpulan rabbi dan peneroka Yahudi daripada memasuki Madjis al-Aqsa. Sekitar 22 orang peneroka di bawah kawalan pasukan polis Zionis telah memasuki perkarangan masjid melalui pintu Maghariba dan membuat provokasi terhadap para jemaah masjid.

—–

Sumber : Palestinian Information Centre.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts