GAZA, 16 Julai 2017 (PIC) — Penduduk Gaza Hasan al-Dahshan, 59, meninggal dunia petang tadi apabila gagal mendapatkan dokumen rujukan perubatan dari Pihak Berkuasa Zionis (PA) di Ramallah.

Dahshan, yang menghidap masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan segera, dilaporkan menanti selama 16 hari untuk mendapatkan kebenaran mendapatkan perubatan di luar negara.

Seramai 17 pesakit Gaza telah meninggal dunia sejak PA memutuskan untuk tidak mengeluarkan dokumen rujukan perubatan. Dahshan adalah salah seorang daripada 240 pesakit jantung yang menunggu untuk mendapat kebenaran ke luar negara.

SHARE