Pesawat Tempur Israel Serang Nelayan Palestin

Gambar sumber Alaqsa Voice
Gambar sumber Alaqsa Voice

26 Sept, Gaza-Pesawat-pesawat tempur Zionis, pada pagi Khamis 24 September lalu, telah melakukan serangan ke atas perahu-perahu nelayan Palestin  di pantai kota Rafah, sebelah utara Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan bahawa  pesawat-pesawat tempur milik Zionis Israel itu melancarkan tembakan-tembakan dari senjata-senjata berat mereka dan melemparkan bom-bom artileri ke arah perahu-perahu nelayan Palestin . Sejumlah perahu tersebut baru saja bergerak dari perairan Mesir. Ketika mereka kembali, perahu-perahu itu diserang pesawat-pesawat tempur Zionis, sehingga sebahagian dari perahu-perahu itu sehingga saat ini sekarang masih terperangkap di tengah laut.

Sumber-sumber tempatan juga menjelaskan bahawa  tembakan senjata-senjata mesin dari pesawat-pesawat tempur itu juga mengenai rumah-rumah warga Palestin  di pantai kota Rafah. Hal tersebut menyebabkan kepanikan dan ketakutan kalangan warga setempat.

Perlu disebutkan bahawa  sehari sebelumnya, Rabu 23 September, para tentera laut Zionis telah menculik 5 orang nelayan Palestin di utara Gaza, dan membawa mereka ke tempat yang tidak diketahui. ALAQSAVoice/RAL

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts