GAZA, 28 Feb 2019 — Pesawat-pesawat perang tentera udara Zionis malam tadi menyerang beberapa lokasi di kota Khan Younis di selatan dan Deir Balah di tengah Gaza.

Dalam kejadian di barat Deir Balah, helikopter tentera Zionis melepaskan dua roket ke pengkalan Briged al-Qassam di kawasan pantai.

Serangan juga menyasarkan sebuah lagi tapak kumpulan pejuang Palestin di barat Khan Younis.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC)

SHARE