Petani Palestin cedera dilanggar oleh askar Zionis

BEIT LAHM, 8 Sep 2016 (Maan) — Petani warga emas Husain Dawud Musa, 65, cedera dilanggar secara sengaja oleh seorang pendatang Yahudi ketika dalam perjalanan pulang memetik buah-buahan dari kebunnya di daerah al-Khader di selatan Beit Lahm.

Pendatang Yahudi tersebut kemudiannya disahkan juga sebagai seorang askar, yang memandu sebuah kereta awam.

Insiden di jalan utama Route 60 yang menghubungkan kawasan penempatan haram Yahudi itu turut menyebabkan keldai yang ditunggangnya mati dan pengangkut membawa buah-buahan yang ditarik keldai itu rosak teruk.

Ambulan Zionis yang dipanggil ke tempat kejadian dilaporkan enggan membantu mangsa dan membiarkan beliau di situ sehinggalah ambulan Bulan Sabit Merah tiba untuk membawanya ke hospital.

Anak lelaki petani tersebut digari dan diculik oleh tenetra Zionis setelah dia berkejar ke tempat kejadian.

Para petani Palestin di sini menjadi sasaran khianat pendatang Yahudi hampir setiap hari. Mereka tetap pendirian menolak tawaran lumayan rejim penjajah bagi menjual tanah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts