TUBAS, 29 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memaksa sekumpulan petani Palestin yang sedang bekerja berdekatan perkampungan Sakout di daerah Tubas meninggalkan kawasan kebun mereka serta-merta.

Lembah Jordan membentuk satu per tiga daripada wilayah keseluruhan Tebing Barat, di mana 88% daripadanya terletak dalam Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Seluas 57% daripada kawasan Lembah Jordan diisytihar sebagai zon larangan tentera, di mana tentera Zionis sering mengadakan latihan dengan menggunakan peluru hidup dan bahan-bahan letupan.

(Sumber: WAFA, MEMO)

SHARE