Petani Palestin dihalang masuk kebun mereka di Salfit

SALFIT, 5 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menghalang sekumpulan petani Palestin memasuki kebun zaitun yang terletak di sebalik Tembok Pemisah, yang dibina merentas kebun mereka.

Penduduk Palestin yang dipisahkan dari tanah kebun mereka oleh tembok tersebut diwajibkan memohon permit dari tentera Zionis. Sekiranya dibenarkan masuk sekalipun, tentera lazimnya memebri permit untuk tempoh hanya beberapa hari ini. Di samping itu pagar tentera di laluan ke kebun mereka sering ditutup.

Kebanyakan petani Palestin bergantung kepada hasil zaitun sebagai pendapatan utama mereka. Sepanjang musim menuai, mereka sering diserang oleh tentera Zionis atau pendatang Yahudi.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts