NABLUS, 11 Okt 2017 — Segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Har Brakha tengahari tadi menyerang petani Palestin yang sedang memetik buah zaitun di kawasan al-Mantara di bandar Kafr Qalil, selatan wilayah Nablus.

Penduduk Palestin berdekatan berkejar ke tempat kejadian untuk melindungi mangsa dan berjaya menghalau penyerang beredar lari.

Penempatan haram Har Brakha dibina di atas tanah penduduk Palestin di kawasan tanah Gunung Gerizim.

SHARE