Pihak Berkuasa Palestin dan Shin Bet adakan pertemuan rahsia

NAZARET, 18 Apr 2016 (PIP) — Sebuah stesen radio Zionis melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengadakan satu pertemuan rahsia dengan badan perisikan Zionis Shin Bet selama hampir lima jam malam tadi.

Dalam pertemuan tersebut, PA dikatakan memohon supaya Shin Bet menghentikan kawalan keselamatan di wilayah Zon A, namun ditolak oleh pihak Zionis. Perjanjian Oslo menetapkan Zon A di Tebing Barat sebagai wilayah yang sepatutnya ditabdir dan dikawal keselamatannya oleh PA.

Sebelum ini Menteri Perang Zionis, Moshe Ya’alon, menyatakan pendapat beliau bahawa pasukan keselamatan PA mampu melaksanakan operasi keselamatan bagi mengekang kebangkitan di Zon A yang selama ini dijalankan oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts