Pintu lintasan di Rafah dibuka hari kedua

GAZA, 16 Okt 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir membuka kedua-dua arah pintu lintasan sempadan di Rafah sejak semalam.

Seramai 795 penduduk Gaza dibenarkan memasuki wilayah Mesir semalam, di samping sejumlah ambulan yang membawa 11 orang pesakit.

Pintu lintasan ditutup hari ini selepas tujuh buat bas dibenarkan memasuki kawasan Mesir.

Mesir dijadualkan membuka semula pintu lintasan dari hari Rabu hingga Sabtu bagi keperluan kemanusiaan.

Seramai 25,000 penduduk Gaza mendaftar untuk mendapatkan kebenaran keluar wilayah yang dikepung itu, termasuk 4,000 pesakit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts