Pintu lintasan Rafah dibuka selama 4 hari

GAZA, 1 Jun 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir akan membuka pintu lintasan sempadan di Rafah mulai hari ini, bagi memberi laluan kepada penduduk Gaza yang masih terkandas dan kes kemanusiaan.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza menyebut pintu lintasan akan dibuka selama empat hari berturut-turut.

Ratusan pelajar dan pesakit terkandas di Gaza apabila Mesir menutup pintu lintasan secara berterusan. Rejim Zionis menutup semua pintu lintasan sempadan yang lain sejak 10 tahun lalu, di samping menghalang laluan masuk melalui laut.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 30,000 penduduk Gaza perlu melintasi pintu lintasan Rafah untuk keperluan mendesak. Kali terakhir pintu Rafah dibuka selama dua hari tiga minggu lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts