Polis Dan Pendatang Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 5 Nov 2014 (WorldBulletin) — Sebilangan pendatang Yahudi menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa hari ini ketika berlakunya¬†pertempuran di antara polis Zionis dan para jemaah di perkarangan masjid.

“Polis Zionis membenarkan pendatang menceroboh masuk dan mengawal pergerakan mereka di perkarangan masjid,” kata Pengarah Yayasan Wakaf dan Hal-Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khattib. Mereka masuk ketika berlakunya pertempuran, di mana beberapa ahli jemaah telah tercedera.

“Sekurang-kurangnya 15 orang Palestin tercedera akibat tembakan peluru getah, termasuk dua orang ditembak di bahagian kepala dan seorang lagi di bahagian mata, sementara puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata,” lapor seorang pengawal masjid.

60 orang askar Zionis memasuki masjid melalui pintu al-Magharbeh dan al-Silsila dan mula melepaskan tembakan rambang ke arah para jemaah.

Pertempuran berlaku apabila beberapa kumpulan pelampau Yahudi menyeru diadakan pencerobohan beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa pada hari ini sebagai memperingati tempoh seminggu berlakunya insiden menembak rabbi Yehuda Glick.

“Tentera Zionis cuba menghalau seberapa ramai para jemaah dari dalam kawasan masjid bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi,” kata Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Qiswani. 10 orang askar yang lengkap bersenjata memasuki Masjid al-Qibli dan bergerak ke arah Mimbar Salahuddin, tambah beliau. “Tentera Zionis menutup masjid dengan rantai besi bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi.”

Polis turut menyerang beberapa orang ahli jemaah masjid dan pelajar yang berada di luar perkarangan masjid. Seorang saksi menyebut, “Polis Zionis menembak grenad stun ke arah puluhan orang jemaah dan pelajar yang berkumpul di Pintu Hatta di Kota Lama.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts