Polis Israel Belasah Teruk Remaja Palestin

JERUSELAM TIMUR, 25 Nov –  Seorang remaja Palestin berusia 7 tahun dari wilayah Silwan, selatan Masjid Al Aqsa di Jerusalem Timur, telah dirawat di sebuah hospital pada Rabu (24/11), setelah beberapa orang polis Israel menyerang, menendang dan menumbuk remaja tersebut dengan keras.

Adam Mansour Al Rishiq dibawa ke Hospital Baitulmuqaddis dan akan dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaannya yang keseriusan.

Fakhri Abu Diab, seorang ahli jawatankuasa tempatan di wilayah Silwan menyatakan bahawa pertengkaran dilaporkan antara polis dan penduduk tempatan di Silwan, terutama berhampiran sebuah pusat memprotes tindakan Israel  yang terletak di antara Yaakub Well dan Ein Al Lowza.

Pusat itu dibina beberapa bulan yang lalu untuk memprotes kekejaman Israel dan rampasan rumah Palestin dan Arab di Jerusalem Timur.

Abu Diab menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel mengejar sejumlah pemuda sebelum menyerang Adam Mansour al Rishiq, dan memukul adam dengan kayu mereka pada bahagian tubuhnya.

Ayah Adam menyatakan bahawa anaknya dipindahkan ke ICU kerana pendarahan yang besar, dan beberapa tulangnya patah. (imo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts