Polis wanita Zionis tembak penduduk Palestin “untuk berseronok”

BAITULMAQDIS, 16 Okt 2018 — Seorang anggota polis wanita Zionis ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah semalam, kerana menembak seorang penduduk Palestin tanpa sebarang alasan, menyebabkan mangsa cedera parah.

Hakim Elad Persky menyebut anggota polis berumur 20 tahun itu melepaskan tembakan hanya “untuk berseronok”, dan mengarahkan beliau ditahan selama tiga hari.

Kejadian berlaku ketika anggota polis tersebut membuat rondaan berdekatan sekatan pemeriksaan tentera Al-Za’im pada bulan Mei lalu. Mangsa ditembak dari arah belakang tanpa sebarang alasan.

Selepas disoal-siasat, beliau ditangkap dan dituduh “mengganggu keadilan” kerana beliau memberitahu seorang anggota tentera Zionis yang turut disoal siasat, bahawa beliau tidak tahu menahu tentang insiden tersebut.

Empat lagi anggota polis yang dipercayai menjadi saksi dan merakam insiden tersebut turut disoal-siasat, namun dibebaskan semula.

Lazimnya, kehakiman Zionis samada mengugurkan kes jenayah yang dilakukan oleh anggota tentera atau polis, ataupun mengenakan hukuman penjara untuk tempoh yang pendek.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts