Polis Zionis bantu pendatang Yahudi rampas 3 rumah di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 17 Apr 2018 — Polis penjajah Zionis membantu segerombolan pendatang Yahudi merampas sebuah bangunan milik keluarga Ruweidi di kejiranan Silwan di timur Baitulmaqdis pada 8 April lalu.

Bangunan tersebut mengadungi tiga buah apartmen yang didiami oleh 13 ahli keluarga, yang kini tidak lagi mempunyai tempat berteduh.

Sebelum para pendatang bertindak merampas bangunan tersebut, pasukan polis menutup semua jalan menuju ke lokasi, merampas semua telefon ahli keluarga dan mengawasi kumpulan pendatang mengeluarkan semua perabut dan peralatan, sebelum menukar kunci masuk bangunan.

Februari lalu, sebuah mahkamah Zionis membenarkan keluarga Reweidi dipaksa keluar bagi dari bangunan tersebut selepas pertubuhan pendatang Yahudi, Elad, mendakwa mereka telah membeli tiga buah rumah tersebut dari seorang waris keluarga Ruweidi yang sudah meninggal dunia.

Keluarga Ruweidi sebelum ini berjaya membuat rayuan supaya mereka diberi tempoh sehingga 15 April untuk mengosongkan rumah tersebut.

Elad sehingga kini telah merampas 10 rumah penduduk Palestin di Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts