Polis Zionis bina menara ke-4 di laluan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Jun 2018 — Pasukan polis Zionis hari ini membina sebuah lagi menara pemantau di sekitar pagar Pintu al-Amoud menuju ke perkarangan Masjid al-Aqsa.

Sebelum ini, mereka telah membina tiga buah menara di Kota Lama Baitulmaqdis.

Kenyataan bersama Majlis Wakaf, Majlis Tertinggi Islam dan Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis mendakwa bahawa rejim penjajah cuba mengambil alih kawalan ke atas kawasan timur tapak suci umat Islam itu, termasuk pagar Pintu al-Rahma, sejak berakhirnya bulan Ramadan.

Mereka mengecam cubaan rejim Zionis untuk mengubah status quo Masjid al-Aqsa, dan menolak campur tangan rejim Zionis dalam pengurusan masjid suci itu.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts