Polis Zionis bunuh ibu muda berdekatan Masjid al-Aqsa

KOTA BAITUL MAQDIS, 30 Sep 2021 — Polis penjajah Zionis menembak mati seorang ibu muda Palestin berdekatan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Polis menuduh kononnya Israa Khuzaimiya, 30, ibu kepada tiga orang anak kecil yang berasal dari bandar Qabatiya di Jenin cuba menikam seorang pegawai mereka berdekatan Pintu Silsila di Masjid al-Aqsa, lalu menembak beliau sehingga cedera parah.

Susulan kejadian polis Zionis menutup semua pintu masuk masjid dan laluan menuju ke tapak suci itu, di samping membuat sekatan di sekitar Kota Lama Baitul Maqdis. Mereka kemudian membuka Pintu Huta untuk memaksa para jemaah keluar dan memberi laluan masuk kepada kumpulan-kumpulan pendatang Yahudi.

Rejim Zionis membenarkan pasukan tentera dan polis menggunakan senjata sehingga boleh membunuh ke atas penduduk Palestin yang dituduh atau disyaki cuba menyerang anggota mereka atau pendatang Yahudi, walaupun mangsa hanya cuba menyelamatkan diri atau tidak menunjukkan sebarang ancaman.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts