Polis Zionis bunuh pekerja Palestin di Qalansuwa

TULKAREM, 6 Mei 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini membunuh seorang pekerja Palestin selepas mengejar dan gagal menangkap beliau di kota Qalansuwa, yang terletak dalam Wilayah Palestin 1948.

Polis Zionis cuba menangkap Amjad Jamal Galag, 30, di sebuah sekatan jalan namun beliau enggan menyerah diri dan terus memandu kenderaannya. Pasukan polis mengejar Amjad, dan melepaskan tembakan apabila gagal menangkap beliau.

Amjad, seorang bekas tahanan dari bandar Attil di Tulkarem, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebulan lalu, seorang pemuda dari Tebing Barat yang bekerja di Wilayah Palestin 1948 turut dibunuh dalam senario yang sama.

(MEMO, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts