Polis Zionis bunuh remaja perempuan di al-Quds

AL-QUDS, 7 Mei 2017 (PIC) — Remaja Palestin Fatima Afif Abd al-Rahman Hjeiji, 16, ditembak mati oleh pasukan polis Zionis di hadapan Pintu al-Amud di kota al-Quds petang tadi, atas alasan beliau cuba menikam mereka.

Mangsa yang berasal dari perkampungan Qarawat Bani Zeid di utara Ramallah itu dibiarkan terbaring dan berdarah sehingga meninggal dunia tanpa diberi sebarang bantuan.

Kenyataan saksi menyebut Fatima ditembak ketika sedang berdiri di hadapan Pintu al-Amud, kira-kira 10 meter dari pasukan polis, apabila seorang anggota polis mula menjerit “pisau, pisau…” sebelum beliau ditembak dengan beberapa peluru di bahagian dada, dan terus ditembak lagi setelah beliau terjatuh.

Banyak kesan tembakan peluru mengena sebuah teksi yang dipakir berdekatan, sehingga sebutir tayarnya bocor.

Kumpulan besar polis dikejarkan ke tempat kejadian untuk membuat siasatan. Penduduk Palestin yang berkumpul di tempat kejadian disembur dengan pemedih mata. Seorang pemuda Palestin turut ditangkap.

Sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan November 2015, seramai 305 penduduk Palestin telah terkorban termasuk 84 remaja dan kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun. Seramai 28 daripadanya adalah wanita, termasuk 11 remaja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts