Polis Zionis Ceroboh Masuk Al-Aqsa

aqsaAL-QUDS, 3 Feb 2015 (Palinfo) — Seramai 12 orang polis Zionis menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa dan membuat tinjauan secara provokasi di kawasan sekitarnya pagi ini.

Tidak lama kemudian, lebih 20 orang pendatang Yahudi pula menyusul dan menceroboh masuk melalui Pintu al-Magaribeh dengan diiringi oleh pasukan polis dan pegawai perisik.

Menurut kenyataan Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa, seramai 965 pendatang Yahudi, pegawai kerajaan dan jurnalis menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Januari. Daripada jumlah tersebut, 720 orang adalah pendatang awam Yahudi, manakala bakinya adalah pegawai perisik, staff Kementerian Luar Zionis dan pemberita stesen televisyen Zionis.

Manakala sepanjang tempoh yang sama, 25 penduduk Palestin diharamkan oleh pihak berkuasa Zionis daripada memasuki kawasan Masjid suci umat Islam itu untuk tempoh 15-60 hari. Dua buah pertubuhan bukan kerajaan khusus berusaha melindungi Masjid al-Aqsa turut diperintah tutup oleh Menteri Perang Zionis, Moshe Ya’alon.

Pencerobohan pendatang Yahudi ke dalam Masjid al-Aqsa lazimnya ditaja oleh parti-parti politik yang berkempen untuk meraih undi bagi pilihanraya pada bulan Mac nanti.

Rejim Zionis juga dilaporkan merancang untuk meletakkan Masjid al-Aqsa sebagai harta negara haram itu, yang akan ditadbir oleh pejabat pendaftar tanah negara. Langkah ini dilihat sebagai persediaan Zionis untuk membina sebuah sinagog Yahudi di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts