Polis Zionis culik 7 penduduk Palestin di Bab al-Rahma

BAITULMAQDIS, 23 Ogos 2019 — Polis penjajah Zionis menculik tujuk penduduk Palestin termasuk tiga kanak-kanak dari dewan solat Bab al-Rahma di perkarangan Masjid al-Aqsa, tengahari semalam.

Polis Zionis dilaporkan menyerbu kawasan Bab al-Rahma dan menangkap pengawal masjid, Bader al-Rajbi, bersama seorang pemuda, Habib Abu Shusha, dua orang remaja perempuan, Shifa Abu Ghaliya dan Medellin Issa, serta tiga orang kanak-kanak.

Shifa Abu Ghaliya adalah anak kepada murabitah Khadija Khuwais.

Ketika kejadian, polis Zionis menghalang penduduk mengambil foto.

Beberapa hari lalu, polis Zionis menculik penjaga masjid, Amer al-Salfiti, dan ditahan selama tujuh hari atas tuduhan mengambil foto pegawai-pegawai polis merampas perabot-perabot dari dewan solat Bab al-Rahma.

Polis Zionis melarang para jemaah berada di Bab al-Rahma, di mana pelampau-pelampau Yahudi cuba merampas kawasan barat perkarangan Masjid al-Aqsa itu.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts