Polis Zionis halau keluarga Palestin keluar dari rumah mereka di Haifa

HAIFA, 31 Mei 2017 (PIC) — Polis Zionis hari ini menghalau keluar wanita Palestin Amal al-Jijini bersama empat anak-anaknya dari rumah mereka di Haifa.

Sekitar 50 orang anggota polis mengepung rumah Amal dan memaksa keluarganya mengosongkan rumah dengan segera, sambil membaling keluar semua barangan dan tidak memberi mereka kesempatan untuk mengemas.

Menurut Amal, rumah tersebut diserahkan kepadanya oleh seorang penduduk Nazareth suatu ketika dulu. Setelah pemilik rumah itu meninggal dunia lebih setahun lalu, seorang ejen hartanah mendakwa rumah tersebut sebagai milik beliau dan mengarahkan keluarga Amal keluar segera.

Ejen tersebut dilaporkan membuat surat jual-beli palsu dua bulan lalu, dan menyerahkannya kepada sebuah mahkamah tanpa pengetahuan keluarga Amal. Beliau berjaya mendapatkan arahan mahkamah supaya rumah itu dikosongkan. Menurut Amal, adalah mustahil berlakunya jual-beli kerana pemilik rumah telah meninggal dunia lebih setahun lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts