Polis Zionis iring 59 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 Jan 2019 — Polis Zionis mengiring sekurang-kurangnya 59 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa, pagi tadi.

Mereka berarak di perkarangan masjid dan mendengar syarahan tentang kuil yang disampaikan oleh beberapa orang rabai. Sebahagian daripada mereka melakukan ritual berdekatan Pintu al-Rahma sambil dikawal ketat oleh pasukan polis.

Pendatang Yahudi dibawa menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu hampir setiap hari, kecuali Jumaat dan Sabtu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts