Polis Zionis iring 65 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 30 Dis 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi mengawal dan mengiringi 54 pendatang serta 10 pegawai perisikan Zionis bersama seorang pemandu pelancong Yahudi menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa.

Gerombolan pendatang Yahudi terbabit dilaporkan mendengar syarahan tentang Kuil Haikal dan melakukan ritual Talmud di atas tapak suci itu, setelah diiring masuk melalui Pintu al-Maghareba.

Pada masa yang sama polis Zionis menyekat ketat para jemaah di pintu-pintu utama, sementara gerombolan lain pendatang Yahudi menunggu untuk menceroboh masuk selepas waktu solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts