Polis Zionis iring lebih 70 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Dis 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 71 Yahudi, termasuk anggota tentera dan polis berpakaian preman, menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka diiring menceroboh melalui Pintu al-Maghareba dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu sebelum berundur melalui Pintu al-Silsila.

Seperti lazimnya, polis Zionis menutup Pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi setelah mereka selesai berarak dan keluar. Pintu al-Maghareba akan dibuka semula selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur, bagi memberi laluan kepada gerombolan lain Yahudi menceroboh masuk.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts