Polis Zionis iring pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa, tangkap murabitin

BAITULMAQDIS, 31 Mac 2019 — Polis penjajah Zionis mengiringi 38 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka berarak di tapak suci umat Islam itu dengan kawalan ketat, sambil melakukan ritual Talmud berdekatan dewan solat Bab al-Rahmah.

Polis Zionis turut menangkap murabitin (penjaga) Masjid al-Aqsa, Wisam al-Hasheem, selepas beliau membuka pintu Bab al-Rahmah.

Lebih 20 murabitun al-Aqsa dan 150 penduduk Palestin telah ditangkap dan diharamkan memasuki masjid suci itu sejak tercetusnya ketegangan di kawasan Bab al-Rahmah.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts