Polis Zionis iring pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Mac 2016 (PIC) — Pasukan khas polis Zionis mengiringi segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka memasuki kawasan masjid suci umat Islam itu melalu Pintu al-Maghariba, kemudian berarak membuat tinjuan di perkarangan masjid. Sebahagian daripada mereka cuba melakukan ritual agama Yahudi di perkarangan masjid sehingga menimbulkan provokasi dan kemarahan para jemaah yang bertindak menghalang mereka dengan laungan takbir.

Pada masa yang sama para muslimat yang disenarai hitam daripada memasuki masjid terus mengadakan perhimpunan di luar pagar masjid sambil membaca al-Quran.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts