Polis Zionis iring pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Ogos 2016 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Kumpulan pelampau tersebut turut menodai tapak suci umat Islam itu dengan melalukan ritual agama mereka sambil melaungkan slogan anti-Islam.

Para jemaah dan pelajar di Masjid al-Aqsa memprotes penodaan tersebut dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Sementara itu Muslimat Palestin terus berada di luar pintu-pintu masuk Masjid an-Aqsa sambil membaca al-Quran sebagai memprotes tindakan polis Zionis menghalang mereka masuk dan beribadah dalam masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts