AL-QUDS, 3 Dis 2017 — Pasukan polis Zionis pagi tadi mengiringi gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Kubah as-Sakhra’ di Masjid al-Aqsa.

Jabatan Wakaf di kota al-Quds menbantah keras tindakan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada agenda Yahudisasi rejim Zionis ke atas tapak suci umat Islam itu. Para pengawal al-Aqsa cuba menghalang pencerobohan tersebut namun pasukan polis tidak mengendahkan amaran mereka.

(Sumber: PIC)

SHARE