Polis Zionis menyamar sebagai jurnalis, pukul dan tangkap siswa

RAMALLAH, 8 Mac 2018 — Ejen-ejen polis sempadan Zionis yang terkenal dengan nama “Mistaravim” menyerbu kampus Universiti Birzeit berdekatan Ramallah, dengan menyamar sebagai jurnalis untuk menembak, memukul serta menangkap pemimpin siswa petang tadi.

Dalam serbuan tersebut, ketua perwakilan siswa Omar Kiswani telah dipukul dan ditangkap, sementara dua lagi siswa cedera dan dirawat di sebuah hospital.

Ketika kejadian, para siswa dan pengawal keselamatan kampus cuba menghalang pasukan polis Zionis, tetapi pasukan tentera Zionis campur tangan utuk mengekang para pengawal.

Pasukan Mistaravim itu tiba dengan menaiki sebuah bas berpendaftaran Palestin, lengkap dengan peralatan media. Selepas mengenal pasti Omar, mereka memanggil beliau untuk ditemubual sebelum mereka mula memukul dan mengeluarkan senjata. Pasukan tentera menunggu dan bersedia di pagar masuk utama kampus.

Mistaravim juga sering menjalankan operasi menculik dan membunuh pesakit Palestin di hospital.

(EI)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts