Polis Zionis paksa keluarga Palestin serahkan rumah kepada pendatang Yahudi

BAITULMAQDIS, 17 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menyerbu sebuah rumah keluarga Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis dan memaksa semua sembilan orang ahlinya keluar, untuk membolehkan pendatang Yahudi masuk mengambil alih rumah tersebut.

Pasukan polis memecah masuk rumah keluarga Hatem Abu Assab di kawasan Aqabat al-Khalidiya, di laluan masuk ke Masjid al-Aqsa, sementara pasukan tentera mengepung rumah serta menutup laluan masuk ke kawasan tersebut.

Hatem telah menerima surat arahan supaya mengosongkan rumahnya, tetapi peguam beliau telah berjaya menangguhkan arahan tersebut sehingga 28 Februari.

Keluarga Hatem tinggal di rumah tersebut sejak lebih 56 tahun lalu. Mereka berpindah ke Kota Lama apabila dipaksa keluar dari kawasan kejiranan al-Baqa’a di barat Baitulmaqdis pada tahun 1948, selepas peristiwa pembunuhan di Deir Yassin.

Rejim Zionis mengguna-pakai “undang-undang harta yang ditinggalkan” bagi menghalau keluarga-keluarga Palestin keluar dari rumah mereka, untuk diserahkan kepada pendatang Yahudi.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts