Polis Zionis rampas perabot dari Bab al-Rahma

BAITULMAQDIS, 21 Jul 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini menyerbu masuk Bab al-Rahma di Masjid al-Aqsa, dan merampas beberapa lagi perabot dari dalam dewan solat tersebut.

Sebelum ini, mereka memasuki dewan solat itu dan merampas papan-papan kayu serta rak-rak kasut.

Februauri lalu, penduduk Palestin berjaya membuka semula Bab al-Rahma setelah ditutup oleh polis Zionis selama 16 tahun. Namun selepas penindasan dan kempen menangkap pekerja serta pegawai al-Aqsa dan penduduk Palestin secara besar-besaran, polis Zionis kembali menutup Bab al-Rahma.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts