Polis Zionis roboh perkampungan al-Araqeb kali ke-140, tangkap 6 beradik

GURUN NAQAB, 7 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis menangkap enam pemuda Badwi Palestin dari perkampungan al-Araqeb petang tadi, selepas merobohkan perkampungan tersebut buat kali ke-140 di awal pagi.

Semua pemuda yang ditangkap adalah anak-anak Sheikh Sayah al-Turi yang sedang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan dalam penjara Ramla, atas tuduhan “memasuki tanah negara secara haram.”

Pagi tadi, pasukan polis Zionis memaksa wanita, kanak-kanak dan warga emas keluar meninggalkan rumah dan khemah mereka tanpa tempat berteduh di bawah cuaca hujan.

Al-Araqeb diroboh buat pertama kali pada 27 Julai 2010, dalam usaha rejim Zionis untuk menghalau penduduk keluar bagi membina sebuah kota khusus untuk pendatang Yahudi. Namun setiap kali perkampungan mereka diroboh, penduduk membina semula rumah dan khemah tempat tinggal meraka.

Al-Araqeb kali terakhir dirobohkan hari Khamis minggu lalu.

Terdapat sekitar 40 buah perkampungan Badwi “yang tidak diiktiraf” oleh rejim Zionsi di Gurun Naqab. Walaupun mereka diberi taraf kerakyatan, rejim Zionis tidak menyediakan sebarang kemudahan asas termasuk bekalan elektrik, air dan juga pendidikan.

(Maan, IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts