Polis Zionis roboh perkampungan Araqeeb kali ke-181

GURUN NAQAB, 18 Dis 2020 — Pasukan polis Zionis hari ini meroboh perkampungan al-Araqeeb di Gurun Naqab, selatan wilayah Palestin yang terjajah, buat kali ke-181.

Gerombolan besar polis bersama agensi Zionis yang digelar Pihak Berkuasa Pembangunan Gurun Naqab, unit Yoav, membawa kenderaan dan buldozer menyerbu al-Araqeeb dan memusnahkan semua kemah, rumah serta bangsal.

Sejak awal tahun 2020, perkampungan ini telah dimusnahkan sebanyak 10 kali. Tindakan hari ini adalah skali ke-181 sejak ia pertama kali dirobohkan pada tahun 27 Julai 2010. Setiap kali rumah, kemah dan kemudahan asa mereka dimusnahkan, penduduk Arab akan membina semua tempat berteduh mereka.

Kali ini, pasukan Zionis turut memusnahkan tanaman serta mengenakan denda terhadap penduduk atas tuduhan membina bangunan tanpa kebenaran.

Rejim Zionis merancang untuk mengusir keluar penduduk Badwi Palestin dari kawasan tersebut, untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah penempatan dan kota khusus untuk pendatang Yahudi.

Al-Araqeeb dibina pada zaman Khalifah Uthmaniah. Ia merupakan salah satu daripada 51 buah perkampungan yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis. Sekitar 240,000 penduduk Badwi Palestin tinggal di wilayah tersebut.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts