BAITULMAQDIS, 12 Mac 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi menyerbu dan merosakkan tanah perkuburan al-Mujahidin yang terletak di Jalan Salah al-Din di kota Baitulmaqdis, atas alasan untuk menghalang penduduk Palestin mengagung-agungkan para syuhada.

Anggota polis Zionis berpakaian preman dilihat memecahkan batu-batu nesan di kuburan Muhammad al-Kaluti, Abdullah Abu Kharroub, Thaer Abu Ghazaleh, Bahaa Elayyan, Muhammad Abu Khalaf, Abed al-Muhsen Hassuneh dan Muhammad Nimr, yang dibunuh oleh tentera Zionis sepanjang bulan Oktober 2015.

Semalam, polis Zionis membuat rakaman video di kuburan syuhada Abdul Malik Abu Kharoub, Thaer Abu Ghazala, Baha’ Alian, Mohammed Abu Khalaf, Abdul Mohsen Hassouna dan Mohammed Jamal Al Kalouti. Mereka mengarahkan pengurus tanah perkuburan itu supaya membuang perkataan “syuhada” yang menyusuli nama-nama yang tertulis di batu-batu nesan.

(Maan, PIC, PNN, Alray)

SHARE