Polis Zionis serang jemaah di al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Mac 2016 (PIC) — Pasukan polis penjajah Zionis secara ganas dan kejam menyerang para jemaah dan wanita Palestin yang mengadakan bantahan berdekatan Pintu al-Asbat di Masjid al-Aqsa.

Ketegangan tercetus di masjid suci umat Islam itu apabila pihak keselamatan Zionis mengharamkan Hanadi Halawani memasuki Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Asbat, sungguhpun beliau telah menamatkan tempoh pengharaman memasuki masjid suci itu selama enam bulan.

Pada masa yang sama, polis Zionis membenarkan seramai 45 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan masjid secara provokatif. Para jemaah memprotes tindakan mereka dengan laungan takbir.

Seorang warga emas dilaporkan tercedera diserang polis Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts