BAITULMAQDIS, 10 Apr 2019 — Polis Zionis petang tadi menangkap seorang gadis Palestin di sekatan az-Za’ayyem di timur Baitulmaqdis, mendakwa beliau cuba membuat serangan menikam.

Kenyataan polis Zionis menyebut mangsa membawa sebilah pisau ketika pasukan tentera menghentikan sebuah bas untuk membuat pemeriksaan. Tentera melepaskan tembakan ke udara untuk memaksa gadis tersebut berhenti. Beliau seterusnya diserang dan dipukul sebelum ditangkap.

Rakaman video yang tersebar di media sosial bagaimanapun menunjukkan mangsa tidak menunjukkan sebarang ancaman ketika beliau diserang oleh pasukan polis.

Mangsa, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikatakan berasal dari Tulkarem.

(PIC)

SHARE