Polis Zionis tahan 8 sekeluarga di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 13 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini menahan lapan ahli keluarga al-Atayqa selepas enggan mengosongkan rumah mereka di kota Rahat, Gurun Naqab.

Mereka diarah keluar untuk memberi laluan kepada projek peluasan kawasan penempatan haram Yahudi.

November lalu, pasukan polis Zionis menyerbu kota Rahat dan meroboh sebuah rumah dan sebuah bengkel milik keluarga al-Atayqa atas tuduhan tidak mempunyai permit pembinaan.

Beberapa minggu kemudian, polis Zionis meroboh sebilangan lagi bangunan milik keluarga tersebut dan menangkap beberapa orang ahli keluarganya, termasuk seorang pekerja jabatan perbandaran Rahat.

Rejim Zionis merancang untuk membina beberapa kawasan komuniti baharu Yahudi selepas memaksa penduduk-penduduk Bawdi keluar dari kawasan perkampungan mereka. Sejak tiga tahun lalu, sebanyak 2,752 bangunan masyarakat Badwi telah dirobohkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts