Polis Zionis tangkap empat penduduk Palestin di bandar Issawiya

AL-QUDS, 24 Feb 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis malam tadi menangkap empat penduduk Palestin di bandar Issawiya di timur laut al-Quds.

Tangkapan ke atas Aziz Ghassan Alyan, Karim Bassam Alian, Moussa Alklouni, dan Omar Razam dilakukan selepas tentera Zionis menyerang masuk bandar tersebut dan memecah masuk beberapa buah bangunan.

Polis Zionis juga dilaporkan menyerang masuk bandar Silwan di al-Quds dan mengadakan operasi mencari secara besar-besaran. Bagaimanapun tidak ada tangkapan dilaporkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts