Polis Zionis Tangkap Kanak-Kanak Palestin Selepas Pendatang Cuba Menculiknya

settlerAL-QUDS, 25 Sept 2014 (PIC) — Polis┬áZionis menangkap seorang kanak-kanak Palestin, Mohamed Zagal, berdekatan kawasan kejiranan Bab Al-Asbat di timur Al-Quds setelah lapan orang pendatang Yahudi cuba menyerang dan menculik beliau.

Ketika kejadian, kanak-kanak 11 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kejiranan Ras al-Amoud setelah menghantar adiknya ke sekolah.

Apabila Muhamed tiba di Jalan Al-Ghuthmaniya, lapan orang pendatang Yahudi mengejar beliau sehingga kanak-kanak itu terpaksa menyelamatkan diri ke dalam sebuah kereta milik seorang keluarga Palestin. Penduduk di kawasan berkenaan cuba menghalang tindakan pendatang untuk menculik kanak-kanak tersebut. Begaimanapun polis Zionis muncul dan menangkap kanak-kanak tersebut atas tuduhan membaling batu.

Polis dilaporkan enggan mendengar keterangan kanak-kanak tersebut yang mendakwa pendatang Yahudi cuba menculik beliau. Muhamed ditahan untuk soal-siasat dan kemudian diberi amaran untuk ditangkap semula sekiranya insiden seperti itu berulang lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts