BAITULMAQDIS, 14 Mac 2019 — Polis penjajah Zionis lewat petang tadi menangkap seorang murabitin dan mengharamkan seorang pekerja Jabatan Wakaf Islam memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama dua minggu.

Murabitin Sa’ed as-Salayma ditangkap ketika beliau bersama rakan-rakan murabitun yang lain menghalang pasukan polis Zionis memasuki dewan solat Bab al-Rahma di perkarangan tapak suci. Seorang murabitin lain, Issa Barakat, diarah hadir ke pusat interogasi al-Qishla di Baitulmaqdis Barat.

Sementara itu, badan perisikan Shin Bet mengeluarkan arahan bertulis kepada pekerja bomba Jabatan Wakaf di Masjid al-Aqsa, Emad Abedeen, supaya tidak memasuki kawasan tapak suci selama 15 hari. Beliau juga dikenakan denda sebanyak 5,000 Shekel sebagai syarat dibebaskan segera.

Emad ditangkap dua hari lalu apabila beliau enggan menandatangani keputusan polis Zionis mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama sebulan.

Shin Bet turut memohon mahkamah melanjutkan tempoh tahanan ke atas murabitin Mohamed Tina selama tiga hari lagi, dengan mendakwa beliau telah menyerang seorang anggota polis.

(PIC)

SHARE