Polis Zionis tangkap pegawai Jabatan Wakaf di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 7 Jan 2019 — Pasukan perisikan polis Zionis petang tadi menangkap ketua Pejabat Media dan Hubungan Luar Jabatan Wakaf Baitulmaqdis, Firas al-Dibs, dan mengheret beliau ke pusat tahanan al-Muskubiya.

Polis Zionis menahan beliau berdekatan Pintu al-‘Amoud tanpa memberi sebarang sebab.

Terdahulu, Jabatan Wakaf mengeluarkan kenyataan bahawa rejim Zionis bertanggungjawab penuh ke atas tindakan mereka menghalang kerja-kerja membaik pulih tembok timur Masjid al-Aqsa. Tembok tersebut perlu diperbaiki kerana berlaku keroskan dan perubahan warna.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts