BAITULMAQDIS, 29 Jan 2019 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menangkap seorang wanita Palestin berdekatan Pintu al-Sahira di Kota Lama Baitulmaqdis, dan menuduh beliau memasuki kota suci itu secara haram.

Polis Zionis mendakwa beliau hanya mempunyai kad pengenalan Palestin dan tidak mempunyai kad kebenaran tinggal di Baitulmaqdis.

Rejim Zionis menganggap semua orang yang memasuki kota Baitulmaqdis tanpa visa yang dikeluarkannya sebagai pendatang haram, walaupun mempunyai kad pengenalan Palestin. Mereka yang ditangkap lazimnya dikenakan hukuman penjara.

(PIC)

SHARE