Polis Zionis tembak mati pemuda Palestin di Kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 17 Ogos 2020 — Polis penjajah Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin berdekatan Pintu Hitta, iaitu laluan ke Masjid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ashraf Hasan Atallah Halasa, 30, dari bandar as-Sawahra ash-Sharqiya di tenggara kota Baitulmaqdis.

Beliau ditembak dan dibiarkan cedera berdarah tanpa sebarang bantuan, di mana pasukan Bulan Sabit Merah yang berkejar ke lokasi dihalang mendekati mangsa.

Polis Zionis turut menyerang penduduk Palestin yang berkejar ke lokasi dan memaksa mereka beredar, sebelum menutup pintu-pintu Masjid al-Aqsa.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts