Polis Zionis tembak pemuda Palestin di kem Shufat

AL-QUDS, 20 Disember 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis menembak seorang pemuda Palestin dan menangkap 10 yang lain dalam satu pertempuran di kem pelarian Shufat di utara al-Quds.

Puluhan askar Zionis menyerbu masuk kem sambil melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah para pemuda yang menghalang mereka. Askar berpakaian preman menyerbu dan memukul lima pemuda Palestin, semuanya berumur 16 dan 17 tahun, sebelum menangkap mereka.

Empat pekerja Palestin ditangkap dalam sebuah kedai, manakala pemilik kedai tersebut yang merupakan penduduk kem Shufat turut ditangkap.

Seorang pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup, bagaimanapun keadaan beliau masih tidak jelas.

Polis Zionis menyerbu kem Shufat hampir setiap hari atas alasan untuk menangkap pemuda yang membaling bom Molotov ke arah kenderaan peronda polis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts