Polis Zionis tutup Bab al-Amud di Baitulmaqdis, culik 2 remaja

BAITULMAQDIS, 10 Apr 2019 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menutup kawasan Bab al-Amoud, salah satu pintu terkenal di Kota Lama Baitulmaqdis, dan menyerang penduduk serta pelajar Palestin yang berada di situ.

Mereka mendakwa telah menemui objek yang mencurigakan, iaitu alasan sama yang digunakan beberapa kali sebelum ini untuk menutup kawasan itu, yang juga dipanggil sebagai Pintu Damaskus.

Polis menangkap dua remaja selepas memukul mereka, serta menyerang penduduk Palestin yang melalui kawasan Bab al-Amoud. Laluan ditutup kedua-dua arah.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts