Polis Zionis tutup jalan di kota Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 26 Mac 2019 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menutup Jalan Sultan Sulaiman yang terletak di antara kawasan Bab al-Amud dan Bab az-Zahra di tembok utara Kota Lama Baitulmaqdis.

Semua penduduk Palestin yang datang dari arah Bab az-Zahra diarah berpatah balik, di mana polis menyekat laluan dengan bongkah-bongkah konkrit. Tindakan tersebut menyebabkan pekerja dan pelajar Palestin tidak dapat ke tempat kerja dan sekolah mereka.

Polis Zionis mengetatkan kawalan di kawasan tengah dan sekitar kota Baitulmaqdis bagi menghalang penduduk Palestin mengadakan aktiviti solidariti tahanan Palestin yang diserang dalam penjara Zionis.

Sementara itu, tentera Zionis secara tiba-tiba menutup sekatan jalan di Qalandiya, utara Baitulmaqdis. Mereka turut menutup jalan menuju ke desa Shi’b al-Batim di timur bandar Yatta dengan timbunan tanah dan kotoran.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts